Keluarga


Jika dihitung betul-betul, paling kurang 13 tahun saya sudah berjauhan dengan keluarga.

Sewaktu berusia 12 tahun, saya mendaftar di sekolah berasrama penuh. 5 tahun berlalu.

Usai saja SPM, terus menyambung pengajian di kursus pra-universiti di Perth untuk 6 bulan.

Ditakdirkan Allah, saya terbang ke Dublin. Pejam celik pejam celik, 4 tahun di sana.

Seterusnya, 2 tahun lagi di Pulau Pinang. Insha Allah tamat pengajian ijazah pertama 2010.

Setelah direnungkan kembali, itulah perancangan Tuhan. It's not much, but it is all that I have.

Heh, kadang kala agak ngeri bila terbayang kalau-kalau adikku selalu merengus : "Where were you? You were not there when I need you!"

No comments:

Post a Comment